"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hutang Talam: Kerajaan Negeri Pungut RM50 Juta

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan pengkritik-pengkritiknya salah apabila Pemerbadanan Menteri Besar berjaya meraih-kembali RM50 juta dalam bentuk wang tunai dan aset dari pemaju Talam Corp Bhd selepas mengambil-alih hutang-hutangnya dari syarikat-syarikat kerajaan negeri.

Tan Sri Khalid menerima kritikan seteru-seteru politiknya November lalu selepas membuat keputusan untuk membeli RM392 juta hutang Talam kepada tiga syarikat milik kerajaan negeri, yang terkumpul semasa pentadbiran Datuk Seri Dr Khir Toyo.

"Kita telah berjaya mengumpulkan lebih RM50 juta dan kita harap dalam pungut selebihnya dalam tahun ini," kata Khalid, lapor portal berita The Malaysian Insider.

Khalid menjelaskan 'gesaan moral' digunakan untuk menggesa Talam melangsaikan hutangnya secara budiman.

Beliau menegaskan sesiapa sahaja yang mahu memajukan hartanah di Selangor perlu mendekati kerajaan negeri secara positif demi kebaikan semua pihak.

Kerajaan negeri memegang kuasa luas semasa meluluskan pembangunan di Selangor dan menggunakan kekuatan in untuk memastikan syarikat akur pada tanggungjawab mereka.
-tvselangor-

Tiada ulasan: