"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perletakan jawatan pengarah: Ikim jawab Herman Shamsuddin

Sapuah bt Haji Nawawi, PRO IKIM

PENJELASAN BERITA PENGARAH RADIO IKIM DIDESAK ‘ LETAK JAWATAN’ KERANA PANGGIL PRESIDEN PAS MUZAKARAH

Merujuk kepada tulisan Herman Shamsudin di HarakahDaily pada 5 Mac 2010, IKIM menafikan sekeras-kerasnya bahawa perletakan jawatan Tuan Ir. Ahmad Jais Alias, mantan Pengarah Radio IKIM pada 1 Mac 2010 adalah didesak kerana menjemput YB. Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjadi ahli panel di dalam Muzakarah Pakar “Terjemahan “God” Sebagai Allah: Mengenal Pasti Pokok Permasalahan dan Penyelesaiannya pada 21 Januari 2010 di Dewan Besar IKIM.

Jemputan kepada YB. Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah dilakukan oleh Y.Bhg Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan, Ketua Pengarah IKIM. (Bersama dilampirkan surat jemputan bertarikh 7 Januari 2010). Jemputan kepada YB. Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah dibincangkan oleh Ketua Pengarah IKIM dengan YABhg Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Pengerusi IKIM dan dipersetujui oleh beliau.


IKIM menegaskan di sini bahawa Tuan Ir. Ahmad Jais Alias, mantan Pengarah Radio IKIM secara sukarela meletak jawatan berkuat kuasa 1 Mac 2010 dan bukan didesak oleh IKIM.

Surat perletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada Ketua Pengarah IKIM pada 28 Januari 2010. Malahan Ketua Pengarah telah memanggil beliau secara peribadi dan memberi beliau tempoh 24 jam untuk menarik semula perletakan jawatan tersebut. Namun, beliau tidak berbuat demikian dan telah menghantar memo kepada Ketua Pengarah IKIM pada 3 Februari 2010 memaklumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan. Semua surat dan bukti perletakan jawatan ini disimpan dengan baik oleh pihak IKIM bagi tujuan rekod.

IKIM memandang serius kepada usaha pihak tertentu untuk menjejaskan nama baik IKIM.

IKIM sebagai institusi ilmu dan penyelidikan akan meneruskan peranannya meningkatkan kefahaman Islam di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam.

SURAT ASAL

Tiada ulasan: