"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kickdefella menghakimi TGNA, bukannya SPRM, setuju?

Laskar Pelangi
Saya masih lagi tidak mengerti bagaimana perasaan dendam kesumat Kickdefella ke atas Tuan Guru Nik Aziz. Apakah dendam tersebut akan terus melekat sehingga ke liang lahad? Apakah dia menginginkan jasadnya dibungkus dendam tersebut dengan kain kafan yang bakal dipakainya nanti?

Artikel terbaru beliau
Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa – Jawapan Kepada S/U Akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi jelas menyaksikan bahawa beliau begitu optimis dan setiap masa mendoakan supaya Tuan Guru Nik Aziz disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah berdasarkan bukti-bukti yang ada padanya.

Saya hairan, apakah bukti yang dia ada sehinggakan SPRM sampai sekarang tidak dapat mensabitkan kesalahan-kesalahan tersebut? Apakah SPRM bodoh sehinggakan tiada bukti sepertimana bukti yang ada pada kickdefella? Saya teramat pelik. Kickdefella, saya ingin menyeru kepada anda supaya bantu SPRM dengan memberi bukti yang ada pada anda, supaya kami semua jelas akan kesalahan yang dilakukan oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Dalam artikel yang sama, beliau telah "copy paste" artikel dari harakah tentang cabaran dari Setiausaha Akhbar yang jelas mengatakan,
“Saya juga mencabar dia membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika meyakini terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak 1990.

“Menteri Besar sering kali membuka ruang pintu siasatan kepada SPRM sepanjang masa bagi membuktikan ketelusan pentadbiran dan kesediaan untuk disiasat,” - SU akhbar Tok Guru
Saya membaca keseluruhan artikel beliau dan kickdefella tidak berupaya menjawab akan cabaran tersebut. Kickdefella ingin bermain-main dengan Tulang Besi kerana suatu masa dahulu mereka berdua adalah sahabat. Sebaliknya dia telah mencabar SU akhbar dengan kenyataan,
Pada waktu yang sama saya mencabar Setiausaha Akhbar Tuan Guru Nik Aziz yang baru itu untuk menyiasat apa yang saya buat dengan pembiayaan wang sebesar itu. Jika ada bukti saya menggunakan wang itu untuk tujuan peribadi, saya berharap beliau sertakan buktinya sekali.
Saya tidak akan memberi sebarang perhatian terhadap cabaran Tulang Besi ke atas Kickdefella, dan juga cabaran Kickdefella ke atas Tulang Besi, mereka di ibarat seperti Israel dan Amerika, mereka saling cabar mencabar akan tetapi mereka sebenarnya sahabat baik.

Saya hanya memberi perhatian akan hal cabaran Setiausaha Akhbar terhadap Kickdefella, sekiranya beliau tidak menjawab, saya akan terus menganggap beliau sebagai syaitan yang tidak habis-habis dendam kesumatnya terhadap manusia.

Hanya syaitan sahaja yang sombong dan takbur, syaitan tidak akan tunduk akan perintah Allah untuk sujud kepada manusia. Sepertimana kickdefella, beliau tidak sabar-sabar menunggu keputusan daripada SPRM, sebaliknya beliau sendiri yang menjatuhkan hukuman kepada Tuan Guru Nik Aziz. Begitu persetannya beliau. Kepada sesiapa yang bersama-sama Kickdefella, menyokongnya, maka anda termasuk dalam golongan syaitan tersebut.

Tiada ulasan: