"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Orang Asli semakin berani buat perubahan

Hashim Abdullah
TEMERLOH, 29 April:
Masyarakat Orang Asli tidak perlu takut untuk melakukan perubahan politik bagi memastikan mereka lebih terbela di bawah Pakatan Rakyat (PR), kata Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed.

Berucap pada program ramah mesra bersama penduduk di perkampungan orang Asli, di Kampung Paya Badak dekat sini, baru-baru ini Syed Hamid yang juga Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Temerloh berkata masyarakat orang Asli terutama golongan muda telah ramai yang berani dan membuat perubahan bijak dengan menyertai parti politik dari PR.

“Kita tahu telah ramai golongan muda masyarakat orang Asli yang bijak pandai dan berani membuat perubahan politik dengan menyertai PR kerana sedar kegagalan Umno BN membela nasib masyarakat mereka.

“Sebab itu kita mahu masyarakat orang Asli di sini membuat perubahan seiring dengan bangsa lain untuk kebaikan bersama. Masyarakay orang Asli boleh masuk PAS atau Dewan Himpunan Penyokong PAS, kita amat mengalu-alukan,” katanya.

Turut hadir pada program tersebut Pengerusi Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS Pahang, N Balasubramaniam dan Pengarah Dun Kuala Semantan, Zubir Omar. Pada majlis tersebut juga Syed Hamid menyerahkan sedikit sumbangan untuk masyarakat orang Asli setempat.

Tiada ulasan: