"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Balasubramaniam Kembali Ke Malaysia Jika Ada Jaminan Keselamatan

Radzi Razak
P Balasubramaniam sedia kembali ke negara ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian kapal selam Scorpene jika kerajaan Malaysia memberi jaminan keselamatan terhadap beliau dan ahli keluarganya.

Americk Sidhu, peguam bela kepada penyiasat persendirian itu menyatakan demikian selepas menyampaikan afidavit saksi utama kes itu di pejabat SPRM Putrajaya, hari ini.

Turut hadir menyerahkan afidavit jawapan Balasubramiam di pejabat SPRM kira-kira jam 2.30 petang itu ialah peguam lain, Manjit Sinbgh Dillan dan Amarjit Singh Sidhu.

Tiada ulasan: