"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kena fikir juga kenapa Zaid Ibrahim keluar PKR?

batu-api2

Pagi Raya Kurban saya ambil kesempatan untuk menulis sedikit pasal isu pimpinan PKR keluar parti. Saya nak tulis sedikit sahaja dan tak nak campur tangan dalam urusan parti PKR nanti susah saya nak menjawab dengan W. Fauzdin NS.

Saya tak kata tindakan Zaid tak salah, tapi tak pula saya nak menyalahkan 100% kepada Zaid dengan menuduh dia adalah agen UMNO atau "trojan house" yang akan memporak perandakan PKR.

Dulu Ezam pun keluar parti kerana tidak setuju dibandingkan dengan Azmin pasal mengurus DS Anwar di luar negara. Terasa hati "members tu" pasal DS Anwar tersempit lift salahkan dia dengan kata-kata "Kalau Azmin tak jadi begini". Kecil sahaja kan sebabnya!

Tapi bila saya renung dan lihat gelagat serta peristiwa yang berlaku dalam PKR selama tertubuhnya Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999 dan seterusnya bergabung dengan PRM membentuk Parti Keadilan Rakyat pada 3 Ogos 2003 saya sungguh jengkal.

Kalau saya sewa bas, sudah hampir nak penuh dua buah bas untuk mengisi pimpinan tinggi (pimpinan tinggi sahaja tau!!) PKR yang keluar parti dengan pelbagai alasan.

Terus terang kadang kala malas nak baca ulasan blogger yang mencerca mereka yang keluar parti. Bukan apa sebelum ini blogger yang sama menjilat pimpinan ini sehingga melanggit. Saya ada bukti yang cukup kemas dalam hal ini, tapi tak payah dipanjangkan lah habis beras aje!!

Kalau satu dua boleh kata yang keluar salah, tapi dah berbilang-bilang mesti ada "something wrong" kata orang putih pada yang tak keluar parti. Maknanya dua-dua ada silap!!

Raya Korban banyak ertinya kalau anda faham, korban diri anda carilah dahan yang teguh, buat bakti dan mula perjuangan pada asas yang betul. 

BatuApi @ FireStone
http://batuapi-firestone.blogspot.com

Tiada ulasan: