"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

thailand beli enam RM 770 juta ,malaysia beli RM 6.7 billion dapat kapal selam canggih lagi mereput....muakakakaka...!!!!

Selatanonline

Tentera Laut Diraja Thai bakal diperkuatkan dengan kapal selam kelas U-206. | foto FB

Bangkok Post telah menyebut Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva telah meluluskan rancangan Tentera Laut Diraja Thai untuk membeli enam kapal selam terpakai dari Jerman bernilai RM770 juta (7.7 bilion baht).

Kapal selam Kelas U-206 itu adalah untuk kegunaan misi di Laut Andaman dan Teluk Thailand bakal menjadi armada kapal selam pertama Thailand dan dipimpin Laksamana Muda Suriya Pornsuriya.

Rancangan pembelian kapal selam sebelum itu telah dikritik kerana teluk Thailand terlalu cetek untuk penggunaan kapal selam berkenaan.

Kapal selam Kelas U-206 itu pertama kali dikeluarkan pada 1970-an dan antara kapal selam terkecil di dunia dan dikatakan berkesan di kawasan sedalam 20 meter. Dengan anak kapal seramai 22 orang, kapal selam itu boleh dilengkapi dengan lapan peluru berpandu dan 24 periuk api.

Perkembangan berasingan di Malaysia, kerajaan dikatakan telah meluluskan peruntukan RM6 bilion membina enam buah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) yang akan digunakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sebelum itu, di Dewan Rakyat, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi memaklumkan kepada soalan bertulis hli parlimen Batu, Tian Chua, jumlah yang dibayar kerajaan untuk membeli 2 buah kapal selam Scorpene buatan Perancis adalah 1.34 billion euro (RM6.7 bilion).

Dua buah kapal selam yang dibeli kerajaan Malaysia cecah RM6.7 bilion berbanding 6 buah kapal Thailand yang dibeli hanya dengan RM770 juta sahaja. Canggih sangat ke kapal selam Malaysia yang juga didakwa juga terpakai berbanding yang dibeli Thailand.

kalau ikut harga, peralatan ketenteraan Malaysia boleh dikatakan lebih canggih sebab ianya lebih mahal. Bukan sikit, tetapi berganda-ganda....

Tiada ulasan: