"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapa Idola Ketua Polis Negara ?

wfauzdin_ns
NONEHARI ini media melaporkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.
Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Maka jelas, itu ada video lucah yang tulen. Ertinya apa? Ertinya, Rahim Thamby Chik beserta orang-orangnya terbukti menjadi `master mind' penayangan video lucah di khalayak ramai di sebuah hotel samada `berniat baik atau tidak'.

Persoalannya, adakah tayangan video lucah itu halal atau haram samada di sisi undang-undang negara mahupun hukum Islam? Di sisi perundangan negara, mungkin Peguam Negara atau Ketua Polis Negara mampu menjawabnya dengan lidah yang fasih. Manakala, di sisi hukum Islam pula, ada beberapa Ulamak telah memberi hukum yang jelas termasuk bekas Mufti Perlis Dr Asri, bekas Mufti Wilayah Hashim Yahya dan juga Mufti Perak sendiri.

Memadaikah Ketua Polis Negara hanya mengumumkan bahawa video lucah itu asli, tanpa menahan atau mendakwa Rahim Thamby Chik dan sekutunya itu? Soal pelakunnya, kita biarkan siasatan terus berjalan untuk mengenalpasti siapakah yang dikatakan pelakun porno berperut buncit itu. Yang penting, buktinya jelas iaitu video lucah itu asli dan mereka yang menayangkannya telah membuat pengakuan. Tunggu apa lagi? Adakah mahu ditunggu ujian DNA kepada pita rakaman tersebut?

Kepada Ketua Polis Negara, ini satu ujian buat kredibiliti beliau. Rakyat akan menilai samada beliau setaraf atau lebih rendah mahupun lebih tinggi darjatnya dengan bekas KPN terdahulu iaitu Haniff Omar, Rahim Noor dan Musa Hassan. Bila sebut Haniff Omar, kita teringat kisah beliau berkata di dalam mahkamah sewaktu menjadi saksi kes liwat I DS Anwar bahawa beliau tidak pernah jumpa ayat mengharamkan judi di dalam Al-Quran. Sebut Rahim Noor pula, teringat kisah mata lebam DS Anwar juga sewaktu fitnah liwat I. Musa Hassan, popular dengan kisah usung tilam keluar masuk mahkamah juga berkaitan dengan fitnah liwat I DS Anwar.

Kesemua bekas KPN tersebut ada rekod tersendiri terhadap kredibiliti PDRM dan kita harap KPN yang baru sekarang tidak menjadikan mereka itu sebagai `idola' beliau.

Tiada ulasan: