"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pendirian Mat Sabu ditunggu-tunggu

NONE
Pelbagai pihak kini menunggu-nunggu keputusan bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu berhubung keputusannya bertanding merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti Jun ini.

Pertengahan bulan lalu, Mohamad memberitahu Malaysiakini supaya menghubunginya semula awal April ini bagi mendapatkan pengesahan berhubung kesediaannya bertanding buat kali kedua.

Bagaimanapun ketika Malaysiakinimenghubunginya hari ini bagi mendapatkan kepastian, beliau masih belum bersedia mengumumkan keputusannya.

Sebaliknya, Mohamad yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS akan memberitahu keputusannya selepas berceramah pada 3 April ini di Kelana Jaya.

"Nanti selepas ceramah kita sembang-sembang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehingga kini, beliau mendapat satu pencalonan daripada kawasan Kubang Kerian yang diketuai exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa.

Pemerhati politik berpendapat tindakan kawasan itu mencalonkan Mohamad sebagai isyarat "memberi laluan" kepada Mohamad bertanding jawatan berkenaan. 

Tiada masalah pencalonan

Berdasarkan peraturan parti, setiap calon yang menawarkan diri sekurang-kurangnya perlu mendapat dua pencalonan dari 179 kawasan yang diarahkan bermesyuarat sehingga 10 Mei ini.

Mohamad bagaimanapun tidak menghadapi masalah untuk layak bertanding susulan beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan - yang dianggap kubu kuatnya - dijangka mencalonkannya merebut jawatan itu.

Antara kawasan tersebut adalah Batu, Bukit Bintang, Kepong dan Putrajaya yang dijadual mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka pada bulan ini.

husam musa mat sabu nasharuddin mat isa 220409Dalam pemilihan dua tahun lalu, Husam dan Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dalam persaingan tiga penjuru.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Nasaruddin yang juga ahli parlimen Bachok - penyandang jawatan timbalan sejak dua penggal lalu - kini masih belum membuat keputusan bagi mengekalkan jawatan berkenaan.

Manakala dua naib presiden - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub - yang disebut-sebut untuk bertanding jawatan timbalan, lebih berminat untuk mempertahankan jawatan yang kini disandang mereka.

-makaysiakini-

Tiada ulasan: