"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengerusi Kita Kedah, Pulau Pinang dipecat

G MANIMARAN
SHAH ALAM: Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) negeri Kedah dan Pulau Pinang dipecat berkuat kuasa serta-merta atas kesalahan melanggar peraturan-peraturan parti itu.

Setiausaha Pusat Kita, Masrum Dayat berkata, Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim, masing-masing ketua Kita Kedah dan Pulau Pinang telah diputuskan pemecatan mereka dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin malam tadi.

"Jawatankuasa Disiplin mendapati mereka telah melanggar peraturan-peraturan parti dengan membuat kenyataan secara berterusan mengecam parti dan kepimpinan parti," kata Masrum ketika dihubungi.

Dalam pada itu, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Wan Hasemah @ Wan Norjam Wan Sulaiman berkata, "Jawatankuasa Disiplin Kita dalam mesyuaratnya pada 6.2.2012 (semalam) telah sebulat suara memutuskan memecat keahlian Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim kerana terus-menerus melakukan pelanggaran melampau terhadap disiplin parti, berkuat kuasa serta-merta."

Kata beliau, kedua-dua mereka boleh merayu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat terhadap pemecatan tersebut dalam masa 14 hari.

Tee Beng juga merupakan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Tiada ulasan: