"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adakah ini sebabnya UMNO mahu Guan Eng wakafkan tapak Masjid?

AnakSgDerhaka
Di Pulau Pinang selepas selesai solat Jumaat semalam, beberapa orang yang kononnya mendakwa diri mereka mewakili berbagai NGOk telah mengadakan deonstrasi bagi mendesak agar Ketua Menteri Pulau Pinang mewakafkan tanah tapak Masjid Bayan Mutiara.

Gambar-gambar dari demo tersebut sila lihat di ( SINI )
Tanah tersebut kini adalah milik pihak Ivory Group, yang memperolehinya melalui tender terbuka yang telah disertai oleh empat Syarikat.

Penjelasan mengenainya sila baca di ( SINI )

Perlu kita ketahui macai-macai yang bertempik ditepi jalan itu hanyalah sekumpulan manusia yang telah berjaya diperbodohkan oleh segelintir pemimpin UMNO Pulau Pinang.

Ini kerana telah terjadi di Pulau Pinang satu kawasan tanah wakaf iaitu Tanah Wakaf Abdul Qauder Jalan Mengkuang, Bagan Luar.

Penduduk di situ yang kebanyakkannya adalah penyokong tegar UMNO sendiri telah dihalau keluar oleh pemimpin UMNO kawasan tersebut, kerana tanah tersebut akan dimajukan..

Baca pendedahan oleh Cats Thinker ini..
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Paku dulang, paku serpih. Mengata orang tapi dia yang lebih. Nak tau? hehehehhe.

Cerita Ketua Pemuda Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin memberi amaran kepada Guan Eng agar memulangkan semula tapak masjid berkenaan kerana ia boleh mencetuskan isu perkauman.

"Saya tidak kisah jika dia nak buat pembangunan macam mana rupa sekalipun tetapi tapak masjid Bayan Mutiara jangan kacau, ini perkara serius. Ia milik orang Islam," tegasnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.(Utusan Online).
CT cuma nak tanya Shaik Hussein ni juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan. Apa plak cerita Tanah Wakaf Abdul Qader Jalan Mengkuang, Bagan?

Bukankah beliau telah berkrompomi dengan Ketua UMNO Bahagian Bagan dan beriya-iya menghalau penduduk Melayu keluar daripada Tanah Wakaf tu? Jangan Tipu? Orang kampong semua dah tau!!!

Tujuan untuk menjalankan Projek Pangsapuri puluhan juta ringgit! Yang pasti, projek tersebut dapat ke siapa erk?
CT nak membangkitkan nostalgia lama tapi tak lama sangat le...

Sila sambung bacaan anda di SINI

Tiada ulasan: