"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar: Berhenti fitnah saya

Anwar_Ibrahim
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ahli-ahli Umno akar umbi supaya berhenti memfitnahnya kerana beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mereka.


Anwar berkata, walaupun dirinya dimaki, dihina setiap hari malah pernah dipukul ketika dalam penjara sebelum ini, beliau tetap bersyukur kerana rakyat bijak dan diberi akal untuk menilai.

“Saya di penjara enam tahun, ditelanjang dan dipukul bukannya sebab saya bergaduh dengan orang bawahan Umno tetapi saya hendak bela rakyat dan tidak mahu rasuah berterusan oleh mereka yang menyalahgunakan duit rakyat,” katanya ketika berucap di depan kira-kira 3,000 penyokong di Seksyen 1, Wangsa Maju, malam kelmarin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Penyelaras PKR Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kwee Kwong; Pengerusi DAP Wangsa Maju, Lim Ching How dan Pengarah Pilihan Raya Keadilan Wangsa Maju, Mohammad Hamdi Mohd Said.

Anwar berkata, sekiranya ahli Umno tidak menyokongnya, ia tidak membawa masalah kepadanya tetapi beliau meminta mereka berhenti daripada melemparkan fitnah dan menghina dirinya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau memberi jaminan bahawa selepas PR memenangi pilihan raya akan datang, dalam tempoh 24 jam tersebut, beliau akan mengumumkan harga minyak akan turun.

Menurutnya, beliau juga turut memberi jaminan setelah menjadi Perdana Menteri, pinjaman Perbadanan Tabung Tinggi Pendidikan Nasional (PTPTN) akan turut diumumkan batal.

Sebelum itu, Zuraida dan Ching How turut menyampaikan ceramah masing-masing dan diikuti dengan pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Rakyat (PR) P116 Parlimen Wangsa Maju oleh Anwar.

Tiada ulasan: