"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BN Beli Tong Plastik RM2,500 sebuah?

Ameno World
BN Penyayang?

Saja bagi duit lebih kat syarikat yang akan bekalkan tong air tersebut ke sabah dan sarawak sebab bn penyayang orang nya.

Kah kah kah

Penyayang ka bahgal?

Ka mahal sebab ada logo 1malaysia? Kalau ye aku minta maaf banyak2 ek sebab tatau plak logo lagi mahal dari product tue sendiri.

Kah kah kah

Oke, tadi aku ada baca satu berita. Sebenarnya time bentang bajet ari tu aku ada perasan gak tapi bn sebut tangki tak silap aku. Dia cakap bajet 100juta. Untuk berapa tangki aku tatau. Tapi cover seluruh sabah dan sarawak aku rasa oke la rate tue.

Then bila aku tengok gambar tangki yang macam kat atas neh memang la kelakar. Benda tong air tak yah kot sebut tangki. Tak macam tangki pun. Plastik je plak tue.
Tapi tue oke lagi.

Yang buat aku meloncat harga tong air tersebut. Agak2 woi cecah rm2,500 sebuah. Ko gila nak mampos? Takan benda gini pun makan riban? Import ke apa? Memang le barang2 di sabah dan sarawak mahal tapi tue sebab bn bengap.

Da tahu sabah n sarawak terpisah dengan semenanjung melalui air, patutnya apa2 kilang ke apa ke buat juga la kat sabah or sarawak. At least ada peluang pekerjaan dan takde la asyik nak kena angkut dari semenanjung jek.

Benda simple pun tak ley fikir. Terbeliak mata aku masa dalam bajet najib cakap harga gas memasak kat sarawak 70plus. Mahal nak mampos. Kalau rate tue d semenanjung, confirm hari neh bn umum, esok bn tumbang.

Kah kah kah

Aku bukan nak tuduh apa tapi nilai 2,500 tu terlalu mahal bagi sebuah tong plastik 1 malaysia. Tolong la perjelaskan kepada kami apa rasionalnya harga tue. Untuk rekod, nilai rm2,500 tu boleh didapati bila korang buat kira2 100juta / 40k tong air. Itu la yang terpapar kat dalam berita, perincian najib berkenaan hal tersebut.

Aku da puas telek gambar tong tu tapi tetap tak boleh nak terima harga dia makan 2,500. Rakyat tak cukup bodoh untuk dengar dan terima. Tapi kalau dia mahal sebab logo, oke aku surrender disitu. Aku sedia maklum yang apa2 product yang ada logo 1 malaysia memang luar biasa harganya.

Kah kah kah

Tiada ulasan: