"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 Kerajaan Negeri Tumbang Dengan Petisyen Pilihanraya?

Blog mutaligat.blogspot.com

PR dan BN masing-masing memfailkan petisyen pilihanraya kerana tidak puashati dengan perjalanan pilihanraya dan ujudnya penipuan, rasuah, salah laku, kesilapan teknikal dan sebagainya.


Jumlah petisyen yang banyak dam memecahkan rekod sebelum ini membuktikan kepada kita bahawa banyak perkara yang tidak kena dengan PRU13.

Malah pemerhati politik melihat jika mahkamah yang mengendalikan petisyen ini professional besar kemungkinan 2 kerajaan negeri akan tumbang iaitu kerajaan BN Perak yang menang dengan majoriti 3 kerusi (BN-31, PR-28) dan Kerajaan BN Terengganu yang hanya mempunyai 2 kerusi majoriti (BN-17, PR-13).

Tidak syak kedua-dua kerajaan BN tersebut sedang berada dalam keadaan gusar dan gundah gulana kerana apa-apa sahaja akan berlaku terhadap kerajaan yang goyah tersebut.

Mari sama-sama kita berdoa agar kedua-dua kerajaan baru akan ditubuhkan di Perak dan Terengganu......... Kemenangan BN di kedua-dua negeri ini benar-benar ibarat telur di hujung tanduk.

1 ulasan:

bat8 berkata...

Selamat bermimpi sianghari..dan selamat dok angan-angan mat jenin la semua....hahaha.

Petisyen-petisyen ni perkara kecilla bagi Najib. Menipu dalam PRU 13 lagi besou punya kerja daaa...Kalau yang besou pun boleh lepas....petisyen benda taik kuku apa la sangat!

Pastikan semua hakim-hakim yang mendengar petisyen bagi Perak dan terengganu dibeli nsiang-siang, habis cerita....balik entel telo le Pakatan!

Paling tidak, ugut je mana-mana hakim yang keras kepala.