"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mungkinkah Kerajaan perpaduan di Selangor akibat pergeseran terbuka antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali?

Muda Mohd. Noor

PETALING JAYA: Kepimpinan PAS Selangor mendakwa tidak mendapat maklumat mengenai usaha membentuk kerajaan kerjasama atau perpaduan dengan Umno di negeri itu, kata Dr Rani Osman.

“Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor tidak mendapat maklumat mengenai perkara itu…setakat yang saya tahu tidak ada.

Saya tidak tahu kalau rundingan dibuat dengan timbalan-timbalan saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Adun Meru menegaskan jika ada cadangan kerajasama, pihaknya akan merujuk kepada PAS Pusat untuk mendapat restu.

Beliau menambah, jika PAS membenarkan, rundingan atau kerajasama akan dilakukan.

Dr Rani berkata demikian ketika mengulas tuIisan wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dalam blognya terdapat rundingan perpaduan Melayu d iantara parti PAS, PKR dan Umno di negeri Selangor dan Terengganu akan tetapi menemui kegagalan ekoran di pihak Barisan Nasional (BN), khasnya Umno, tidak mempunyai “operator” yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir.

Menurut bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times itu, di negeri Selangor, rundingan berlaku diantara ketiga-tiga parti itu disebabkan oleh permusuhan terbuka antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali daripada PKR.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula jelasnya dikatakan berminat bekerjasama dengan Umno walaupun PAS hampir-hampir menewaskan Umno di Terengganu, kata Kadir dalam blognya.

Bagaimanapun, kepimpinan PAS Terengganu tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

Tiada ulasan: