"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib sanggup mohon maaf pada keluarga Altantuya?

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak perlu memohon maaf kepada keluarga mendiang Altantuya Shaariibu dan Kerajaan Mongolia ekoran kegagalan institusi kehakiman Malaysia menyelesaikan kes pembunuhan model kelahiran negara itu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Azan Ismail berkata, Perdana Menteri kena bertanggungjawab kerana kes pembunuhan itu melibatkan rakyat negara luar.

“Sebagai Perdana Menteri, Najib perlu bertanggungjawab. Jika gagal, sudah pasti imej Malaysia akan tercalar sekaligus mengundang persepsi negatif terhadap jaminan keselamatan dan kelemahan penghakiman di negara ini,” tegasnya menyarankan Kerajaan Malaysia mencontohi penanggungjawaban seperti Kerajaan Britain.

Beliau merujuk tindakan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang memohon maaf secara terbuka kepada Ashraf Rossli, 20, pelajar Malaysia yang dipukul dan dirompak di London pada 2011.

“Jika Najib takut, biar sahaja (Tan Sri) Muhyiddin Yasin menggalas tanggungjawab itu,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar itu ketika dihubungi.

Tegas Azan, keperluan tersebut penting bagi menjamin hubungan antara kedua-dua negara.

“Beranikah beliau berdepan dengan keluarga mendiang dan memohon maaf kerana kejadian itu berlaku di Malaysia?” soalnya.

Beliau menambah, berjiwa besarlah Najib jika sanggup mengaku salah atas apa yang berlaku terhadap warga Mongolia itu.
-keadilandaily-

1 ulasan:

sizzly7761 berkata...

Maaflah YB, minta maaf tak selesaikan masalah pembunuhan yang terang-terang telah berlaku! Hanya bicara semula dengan hakim yang lebih bijaksana dan pendakwa yang berwibawa saja keadilan akan tertegak! Janganlah jadikan mahkamah Malaysia ni macam mahkamah kanggaroo dan hakimnya pula hakim beruk! Jatuhlah standard Malaysia YB Azan oiii! Kalau semua kes bunuh takda pembunuh dan 'relief' atau 'remedi' kepada mangsa hanya dengan minta maaf....hancusss!