"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sirul, Azilah bebas tuduhan bunuh sebab Altantuya tembak dan letup diri sendiri?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, lapor portal The Malaysian Insider.
Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan mereka.

Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.

Tiada ulasan: