"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pasukan bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil untuk membantu melepaskan lidah melekat pada tiang besi (Gambar)

Foto
KEADAAN pelajar yang terlekat lidah pada tiang besi di sekolahnya.
Massachusetts: Seorang pelajar sekolah menengah di Easthampton mengalami saat menyeksakan apabila lidahnya melekat pada tiang besi sekolah.

Pelajar yang dirahsiakan identitinya itu cuba meniru aksi dalam filem “A Christmas Story” terbitan 1983 dengan meletakkan lidahnya pada tiang besi yang sejuk.

Hasilnya sama seperti babak filem berkenaan, lidahnya melekat dan tidak dapat ditanggalkan dari tiang itu tanpa bantuan.

Pasukan bomba dan penyelamat yang dipanggil ke sekolah untuk membantu pelajar malang terbabit berjaya melepaskannya dengan mencurahkan air panas pada tiang dan lidah pelajar berkenaan.

Guru sekolah mengelilingi pelajar berkenaan sewaktu operasi menyelamat dijalankan. Selepas memastikan pelajar berkenaan dalam keadaan baik, pihak perubatan menghubungi ibunya untuk memaklumkan keadaan yang berlaku sebelum pelajar itu dibenar kembali ke kelas.

Ketua Jabatan Bomba Easthampton, David A Mottor berkata itu adalah kes kedua seumpamanya sepanjang 20 tahun dia berkhidmat.

Kes itu juga bukan yang pertama tahun ini.

Baru-baru ini seorang kanak-kanak cuba menjilat tiang bendera, turut mengalami nasib serupa.

Lidah Maddie Gilmartin, 12, dari East Kingston melekat pada tiang itu selepas menjilatnya.

Walaupun dia berjaya dilepaskan dengan bantuan air panas tetapi memberitahu media bibirnya terasa kebas seperti disengat lebah. - Agensi/hmetro

Tiada ulasan: