"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Enam maut dirempuh lori sampah

Keadaan lori selepas terlanggar orang ramai yang sedang membeli-belah semalam. - Foto BBC
Keadaan lori selepas terlanggar orang ramai yang sedang membeli-belah semalam. - Foto BBC
GLASGOW - SCOTLAND. Kira-kira enam orang awam maut manakala lapan yang lain cedera selepas dirempuh lori sampah merempuh orang ramai yang sedang membeli-belah sempena perayaan Krismas berhampiran pintu masuk stesen kereta api Queen Street di tengah bandar, semalam.

Mengesahkan kejadian tersebut, Superintendan Polis Scotland, Stewart Cale berkata, lori tersebut dikatakan hilang kawalan sebelum melencong ke laluan pejalan kaki dihadapan kompleks itu dan merempuh orang ramai yang menggunakan laluan tersebut.

“Berdasarkan siasatan awal, pihak kami mendapati ia kemalangan yang tidak disengajakan. Tiada unsur jenayah atau motif dikenal pasti setakat ini. Bagaimanapun kemalangan ini masih disiasat,” katanya.

Menurutnya, pemandu lori tersebut yang cedera kini dirawat dihospital berdekatan.

Mengulas mengenai keadaan mangsa, jelas beliau, tujuh daripada jumlah mangsa yang dikenal pasti setakat ini mengalami cedera parah dan jumlah tersebut mungkin meningkat.

Dalam pada itu saksi kejadian, Alison Keith,31, berkata, keadaan yang pada mulanya sesak dengan orang ramai bertukar panik dan huru-hara.

"Saya dapat dengar jeritan orang ramai di sana-sini, dan ramai orang meluru ke arah lokasi kemalangan.

“Bila saya sampai dilokasi tersebut, saya dapat lihat orang ramai membantu mangsa yang tercedera,” katanya sambil menyifatkan ia merupakan satu pengalaman yang agak ngeri.

Sekurang-kurangnya enam ambulans tiba ditempat kejadian bagi merawat mangsa yang tercedera.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
-sinarharian-

Tiada ulasan: