"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hanya Kerana Komen Dakwat Kekal Mejar Zaidi Dipecat


KUALA LUMPUR: Mahkamah tentera di sini memutuskan seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipecat daripada perkhidmatannya, kerana membuat kenyataan media mengenai dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum 2013 tidak berkesan dan mendedahkan maklumat mengenai surat pemindahannya.

Kolonel Saadon Hasnan, yang mempengerusikan perbicaraan yang terdiri lima anggota panel, mengumumkan keputusan itu selepas mendapati Mejar Zaidi Ahmad bersalah atas tuduhan tersebut.

Dalam penghakimannya, Kolonel Saadon berkata, Mejar Zaidi telah diberi tiga pilihan pada peringkat pembelaan, tetapi dia kemudiannya memilih untuk berdiam diri.

Beliau berkata secara keseluruhannya, mahkamah menilai hujahan kedua-dua pihak dan tindakan berdiam diri adalah cukup untuk mensabitkan Mejar Zaidi terhadap pendakwaan kedua dan ketiga, pendakwaan di mana beliau diarahkan untuk membela diri.

"Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa Mejar Zaidi bersalah atas tuduhan ini.

"Mahkamah sebulat suara memutuskan untuk memecat anda daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bergantung kepada pengesahan oleh pihak berkuasa yang berkenaan," katanya.

Kolonel Saadon berkata, mereka membuat keputusan itu berdasarkan beberapa faktor termasuk kepentingan awam, keseriusan kesalahan itu, kedudukan sosial Mejar Zaidi dan hukuman mengikut undang-undang.

Mejar Zaidi, 47, didakwa membuat kenyataan mengenai dakwat kepada media tanpa kelulusan daripada Kementerian Pertahanan, dengan itu ia melanggar undang-undang Perintah Majlis Angkatan Tentera.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di balai polis Kepala Batas pada 1 Mei tahun lepas.
-mstar-

Tiada ulasan: