"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jangan kejar anak muda berpelukan tapi...

Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADLI ZAKISHAH ALAM – Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agar bukan hanya gejala seperti aksi kurang menyenangkan gadis Muslim bersama artis K-Pop baru-baru ini sahaja yang dikejar.
Namun, gejala sama yang didakwa berlaku di kalangan golongan atasan dan artis tidak diendahkan.

“Saya menyarankan agar penguatkuasaan terpilih tidak dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi) dan badan agama lainnya.

“Jangan gejala berpelukan anak muda berpelukan dikejar tetapi gejala yang sama kalangan penguasa atasan dan artis tidak ditegur,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegur cara Jawi yang berbaur ugutan memberi tempoh seminggu untuk remaja bertudung terlibat dalam video kontroversi K-Pop tersebut untuk menyerah diri.

“Saya mengusulkan agar nasihat dan teguran kepada generasi muda dipergiat melalui kaedah dakwah bilhikmah.

“Mengasak mereka dengan ugutan hanya mendatangkan resah dan kekeliruan di kalangan mereka.

“Justeru kebijaksanaan dituntut agar mereka didekati dengan pendekatan psikologi yang bijaksana serta berhemah,” katanya.

Semalam, Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dilaporkan berkata waran tangkap akan dikeluarkan sekiranya remaja berkenaan tidak bekerjasama dalam siasatan.

Katanya, kes tersebut akan dibawa ke mahkamah dan perbicaraan diadakan sebelum melaksanakan sebarang hukuman atau denda.

Minggu lalu, sebuah video tersebar luas melalui media sosial memaparkan beberapa gadis Melayu yang manis bertudung tidak segan silu dipeluk dan dicium oleh artis K-pop berkenaan di atas pentas.

Adegan tersebut nyata mengundang kritikan pedas daripada pelayar media sosial yang rata-rata tidak bersetuju dengan adegan tersebut.
-sinarharian-

Tiada ulasan: