"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tidak ada konspirasi jatuhkan Abdul Hadi - Salahuddin Ayub

salahudinsabuKUALA LUMPUR: Para pemimpin PAS menafikan ada konspirasi menjatuhkan kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun dakwaan komplot itu tersebar luas seperti di laman Facebook ‘Tuc Tok Usin Ceroi’ dan juga ‘El-Haraki’.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, beliau menerima beberapa panggilan berkenaan perkara berkenaan namun masih belum melihat isi kandungan yang disiarkan dalam laman berkenaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

“Sehingga hari ini saya tidak mengetahui mengenai kewujudan laman berkenaan,” dakwanya.

Sementara itu ADUN Hulu Kelang, Saari Sungip pula memberitahu, beliau tidak mengetahui perkara berkenaan, lapor MalaysiaGazette.

Jelasnya, beliau belum mendengar rakaman yang dikatakan telah tersebar luas di internet berkenaan, “Setakat ini saya belum dengar rakaman itu.”

Sebelum ini, sebuah rakaman audio berdurasi lebih dua minit sebuah rakaman audio yang didakwa ucapan Mat Sabu bagi menjatuhkan Abdul Hadi tersebar.

Rakaman itu memuatkan suara Mat Sabu memberikan taklimat untuk mengadakan serangan balas selepas serangan demi serangan dilakukan ke atasnya.

Rakaman tersebut turut memuatkan transkrip penuh kepada perbualan berkenaan yang mana Mat Sabu turut dikatakan telah bertemu dengan beberapa pimpinan PAS di Tanjong Karang dan Sungai Besar berkenaan krisis Menteri Besar Selangor.
-fmt-

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kenapa lambat sgt terima maklumat. Seluruh dunia dah dengar rakaman tu Atau saja2 buat tak dengar