"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar terima jemputan minum petang Diraja

Adam Abu Bakar  
Zahid cuba untuk tidak memikul tanggungjawab jawatan beliau dan seolah-olah menghalang tugas Anwar selaku Ketua Pembangkang.
e1050-nurul-izzahPETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah mempersoal tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengeluarkan kenyataan bahawa hanya peguam negara bertanggungjawab untuk melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, ini kontra dengan surat jemputan yang diterima Anwar selaku Ketua Pembangkang untuk menghadiri sesi minum petang Diraja bersama Agong. Surat itu diterima sehari selepas penghukuman diputus.

“Anwar sudah menerima surat jemputan minum petang Diraja dan ia adalah surat yang harus dihadiri oleh Anwar kerana beliau merupakan Ketua Pembangkang Parlimen,” kata Izzah yang juga memberitahu bapanya sepatutnya duduk bersebelahan Agong pada waktu itu.

Jelas Izzah, ini membuktikan Zahid cuba untuk tidak memikul tanggungjawab jawatan beliau dan seolah-olah menghalang tugas Anwar selaku Ketua Pembangkang.

“Jabatan Penjara adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya Peguam Negara.

“Hanya KDN atau Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa untuk membenarkan Anwar menghadiri sidang Parlimen.

“Zahid wajib bersetuju dengan perkara ini dan memberikan arahan yang sepatutnya kepada Jabatan Penjara,” ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Izzah turut memberitahu, sidang Parlimen Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ketiga Belas itu akan dihadiri oleh DYYM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sendiri dan akan menyampaikan titah ucapan kepada Dewan Rakyat.

“Manakala, pada 10 Mac, rakyat Malaysia sendiri mahu Anwar berdiri di saf hadapan blok Pembangkang dan membahaskan titah Di-Raja,” katanya lagi.

Sidang Dewan Rakyat akan bermula pada 9 Mac ini dan akan berakhir pada 9 April hadapan.

Turut hadir dalam sidang media hari ini ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
-fmt-

Tiada ulasan: