"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jamil Khir cuba nak selamatkan Shafee Abdullah

Pihak yang ingin membuat tuduhan jenayah qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah dalam kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengkaji enakmen berkaitan terlebih dahulu.

"Semak balik Seksyen 41 Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Selangor. Ada seksyennya.

"Qazaf itu tuduh orang melakukan zina. Dia tak boleh sebut semua (berkaitan) qazaf.

"(Contohnya) qazaf (kerana) mencuri, itu salah," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sekiranya kesalahan qazaf turut meliputif perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat.

Jamil Khir bercakap kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Imam Peringkat Kebangsaan 2015 sempena sambutan Jubli Emas ke-50 Masjid Negara di ibu kota hari ini.

Perkara berkaitan qazaf disebut dalam Seksyen 36, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Ia merujuk kepada kesalahan menuduh zina tanpa empat saksi atau “iqrar” pasalah.

Jika disabitkan kesalahan, seseorang boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau keduanya.

Semalam, pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin membuat laporan jenayah syariah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Shafee.

Ini kerana, Wan Ji berkata, semasa siri jelajah Liwat II, Shafee memberi kenyataan yang merupakan kesalahan qazaf kerana menceritakan mengenai perbuatan liwat antara Anwar dan Saiful, tanpa mengemukakan saksi.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: