"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pasangan gay terima kejutan

Pasangan gay
Dua orang pasangan gay yang berkenalan menerusi alam siber sebelum menjadi pasangan kekasih, telah menerima kejutan apabila mereka rupanya mempunyai pertalian adik-beradik kandung.

Melalui ujian DNA, identiti Paul dan Lee yang berasal daripada UK itu diketahui selepas didedahkan melalui rancangan kemelut kekeluargaan terkenal, The Jeremy Kyle Show.

Kedua-dua Paul dan Lee hanya mampu terkedu apabila mengetahui bahawa hubungan songsang yang telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya itu rupanya membabitkan dua orang lelaki yang berkongsi ibu yang sama!

Apabila ditanya oleh hos mengenai perasaan mereka terhadap keputusan DNA tersebut, Paul dan Lee tidak dapat menyembunyikan perasaan geli-geleman dengan menyatakan: “Ini sesuatu yang amat teruk, nak termuntah pun ada.”

Kebahagiaan’ pasangan homoseksual ini direntap dengan kejam apabila ahli keluarga dan rakan-rakan Lee menyatakan bahawa wajah Paul tampak seiras dengan bekas suami ibunya, Ron.

Ibu mereka, Ena, mempunyai empat orang anak. Namun, akibat desakan hidup, Ena dan Ron terpaksa menyerahkan Paul kepada pusat kebajikan kanak-kanak semasa beusia 18 bulan. Lee pula dilahirkan selepas penceraiannya dengan Ron.

“Apabila saya berjumpa Paul buat pertama kali, saya rasa dia tampak saling tak tumpah seperti wajah bekas suami saya.”

Bercakap sebelum keputusan DNA pasangan itu didedahkan, Ena berkata dia begitu teruja untuk kembali menjadi sebahagian daripada hidup Paul jika benar mereka berdua memang adik-beradik.

“Saya berharap jika betul Paul adalah anak kandung saya, saya amat gembira untuk memulakan pertalian ibu dan anak dengannya selepas puluhan tahun tidak bertemu.”

Susulan daripada pendedahan mengejutkan itu, bekas pasangan kekasih itu berjanji untuk sentiasa menyokong kehidupan masing-masing walaupun tidak lagi dapat meneruskan hubungan cinta mereka./klpost

Tiada ulasan: