"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tips untuk Ahmad Maslan bantu rakyat faham GST

Zharif Badrul
Himpunan Bantah GST yang berlangsung semalam menjadi bukti, masih ada rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan cukai itu di Malaysia. Minggu ini juga viral nama Mawar Rashid yang gagal menjawab soalan mengenai GST.
Pada saya Mawar adalah epitom kepada rakyat Malaysia yang rata-rata masih tidak faham tentang GST.

Apa yang ada dalam fikiran rakyat apabila sebut nama GST ialah:
Harga barang naik

Tetapi di Malaysia hanya pak menteri sahaja yang kelihatan faham dan menyokong GST. Maka tidak hairanlah tugas memberi penjelasan tentang cukai ini diberikan kepada menteri yang mendapat CGPA 3.85 sewaktu belajar di universiti dahulu.

Malangnya, Datuk Ahmad Maslan kelihatan gagal untuk memahamkan rakyat Malaysia terutama di media sosial apabila beliau menjadi bahan ‘troll’ pengguna Facebook dan Twitter.

Mungkin agak susah bagi rakyat marhaen untuk memahami penjelasan dan penerangan daripada seseorang yang mendapat CGPA 3.85 sewaktu belajar dulu.

Apabila Mawar dikecam teruk di media sosial, selebriti dan menteri siap keluar kenyataan agar buli siber dihentikan terhadap dirinya. Malangnya apabila Ahmad Maslan "dibuli" di media sosial, seorang pun tak mahu tolong. Saranan untuk memboikot kedai/peniaga pro pembangkang yang menaikkan harga pun rasanya tidak berkesan.

Kedai rojak tepi jalan yang saya makan setiap minggu pun naik harga.Saya tak tahulah dia pro pembangkang atau tidak tapi dia beritahu saya harga makanan naik sebab harga barang pun naik.

Jadi di sini saya ingin mengutarakan satu idea agar Ahmad Maslan dapat membantu rakyat untuk memahami GST sekaligus mengurangkan pengguna twitter dan facebook daripada membuli beliau.

Keluarkan senarai 4,000 barang yang tidak dikenakan GST dan jadikan ia mudah diakses rakyat.

Ya saya tahu itu idea gila.

Tetapi itulah apa yang diucapkan PM sewaktu temuramah beliau bulan lepas di TV3. Memang betul beliau cakap ada empat ribu barang yang dikecualikan daripada GST.

Jadi apabila ada senarai 4 ribu barang itu, rakyat Malaysia tahu yang Datuk Seri Najib Razak bukan "sembang kencang" atau dalam bahasa Inggerisnya bulls**t apabila menyebut angka empat ribu itu.

Dan mana-mana kedai atau peniaga yang menaikkan harga barang yang tidak dikenakan GST bolehlah disenaraikan supaya rakyat boleh boikot kedai pro-pembangkang tersebut.

Jika kutipan GST itu membolehkan kerajaan membina sepuluh buah universiti baru eloklah dikhabarkan nama-nama universiti tersebut dan lokasinya. Setidak-tidaknya sejuk hati rakyat apabila berbelanja demi masa depan generasi akan datang.

Kalau tak mampu juga untuk buat semua itu, eloklah Ahmad Maslan letak jawatan sebab dah gagal untuk membantu rakyat Malaysia menyokong serta memahami GST.

Tapi...ada ke menteri dekat Malaysia yang letak jawatan sebab gagal bantu rakyat?
-detikdaily-

1 ulasan:

Unknown berkata...

Barang yang ada gst letakkan simbol empat segi tulisan ada gst warna outih berlatar belakangkan warna bitu elok ada lambang dacing sekali tertera pada label dan yng tak kena gst tertera tulisan putih empat segi loga bulatt tertera no gst elok logo bulat biru berlatar belakangkan hijau