"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cemas! Pelajar perempuan histeria di sekolah di Cheras (video)


Sebuah video yang memaparkan seorang pelajar perempuan yang dipercayai histeria di sebuah sekolah di Cheras, Kuala Lumpur kini menjadi viral di media sosial.

Di dalam video itu, pelajar berkenaan dirakam berjalan di beranda sekolah sambil berusaha untuk membuka pintu sebuah bilik dan memecahkan beberapa tingkap.

Dia juga dilihat memegang objek yang dipercayai sebilah gunting. Guru lelaki di sekolah tersebut berjaya mengawal pelajar terbabit sebelum polis tiba di tempat kejadian.
-kinitv-

Tiada ulasan: