"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pusat hiburan baharu terbesar di KL cetus perdebatan (Gambar)

FMT Reporters
zour_600
PETALING JAYA: Sekeping gambar yang menunjukkan sebuah pusat hiburan baharu terbesar di ibu negara yang menjadi viral mendapat perhatian pengguna media sosial.

Pusat hiburan tersebut yang terletak di Jalan Tun Razak di ibu negara telah siap pembinaannya dan dikatakan telah beroperasi sejak beberapa hari lalu.

Ia dikatakan terletak tidak jauh dari Masjid Alam Shah Kampung Pandan.

Pusat hiburan yang dikatakan terbesar itu menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat Islam kerana lokasinya berhampiran masjid.

Terdapat kebimbangan pusat hiburan yang tersergam berhampiran Bulatan Kampung Pandan itu akan menambahkan lagi gejala sosial yang kini sudahpun tahap kronik.

Pandangan sama turut disuarakan EXCO Pemuda Pas Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusoff yang kesal dengan pembinaan pusat hiburan berkenaan.

Dia yang dihubungi FMT berkata, pihaknya mengaku tahu sebuah pusat hiburan akan dibina di kawasan tersebut tetapi sama sekali tidak menyangka sebesar itu.

“Buat apa dibina sebuah pusat hiburan yang sememangnya menjadi sarang maksiat dan boleh merosakkan akhlak masyarakat terutama golongan muda.

“Pusat itu hanya memberi keuntungan kepada individu tertentu tanpa mampu menjana pulangan ekonomi kepada negara.

“Sudah banyak pusat hiburan di Kuala Lumpur ini dan sepatutnya tidak perlu lagi dibina yang baharu,” katanya.

Nurul Islam yang juga merupakan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutauan berkata, Pas pernah mendapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar sebelum ini, Tan Sri Ahmad Phesal Talib berhubung pembinaan pusat hiburan itu tetapi dimaklumkan pembinaannya mengikut keluasan tertentu.

Namun, mereka terkejut apabila mendapati pusat hiburan itu terlalu besar selepas pembinaannya siap.

“Nak buat macam mana, perkara telahpun terjadi, bangunan itu telahpun terbina.

“Cuma apa yang penting aktiviti di dalamnya harus dipantau bagi mengelak anasir-anasir yang boleh merosakkan anak-anak kita berlaku,” ujarnya.

Beliau turut berharap agar pihak berkuasa terutamanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memberi kelulusan pembinaan pusat hiburan tersebut supaya sentiasa memantau operasi pusat itu.

Katanya, Datuk Bandar yang baharu, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz mempunyai tanggungjawab bagi memastikan operasi pusat hiburan tersebut menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Kerajaan UMNO dan ahlinya adalah Pendukung Pelambagaan SEKULAR untuk membentuk Negara. Inilah kesannya ..... arak, judi, pusat maksiat akan tumbuh melata .... ..

Unknown berkata...

Kerajaan UMNO adalah Pendukung PELAMBAGAAN ISLAM SEKULAR (Dirangka Oleh Suruhanjaya COLBOARD- BRITISH KAFIR) utk. membentuk NEGARA 1957. Hasilnya aktiviti maksiat, arak,judi, tidak menutup aurat, bergaul bebas lelaki/wanita , riba semuanya menjadi halal. Tidak hairan Dua Kilang Arak Terbesar dan Pusat Judi Terbesar wujud dinegeri yg.ada SULTAN (Ketua Agama Islam Sesebuah Negeri). Pusat Judi Terbesar Teletak di. tempat yg. Istemewa serta ketinggianya melebihi KUBAH MESJID NEGARA. Ini bermakna PUSAT JUDI/ MAKSIAT menjadi ke AGONGAN kerajaan UMNO sekarang. JADI apa yg. boleh dibuat oleh pihak berkuasa DBKL. Pihak berkuasa DBKL adalah pelaksana.Hanya turut printah.


Sehinggakan org. Islam hendak murtad jika sudah mencapai umur 18 thn ke atas JAKIM dan Undang2 di Malaysia tidak dapat menghalangnya. ATIKAL 11- Pelambagaan Malaysia ..... hukum syara' akan terbatal jika berlaku pertentangan dgn Hukum CIVIL yg. dipegang kuat oleh org. UMNO.

IrWrWs berkata...

Cuba tanya tok guru korang TGLGE dan TGLKS.. diaorang ni haramkan ke halalkan the Zouk tuh?

IrWrWs berkata...

Agak2 GHB berani tak nak kondem Zouk ni.. sbb dekat jugak dgn pejabat DAP..