"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tanya, Mahathir diam buat dek tak mau jawab

Mahathir enggan jawab soalan polis

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian untuk tidak menjawab soalan yang diajukan kepada beliau ketika pihak polis mengambil keterangannya pagi tadi.

"Mereka ( polis) bertanya soalan, saya berkata, saya tidak akan menjawab," kata Mahathir sambil ketawa ketika diajukan soalan pemberita selepas selesai sesi soal jawab dengan polis.

Mahathir Mohamad pagi tadi diambil keterangan oleh tiga pegawai polis dari Bukit Aman dan beliau telah disoal siasat polis selama 45 minit yang bermula sekitar jam 11.00 pagi.

Malah ketika diminta mengulas sama ada pihak polis akan mengambil tindakan terhadap beliau, ini jawab veteran Umno berusia 90 itu "Itu terpulang kepada mereka ."

Mahathir juga menolak spekulasi bahawa beliau berkemungkinan akan sekali lagi keluar Umno dalam usahanya untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

"Tidak, itu parti saya ," dia menjawab sambil ketawa," kata Mahathir di Bangunan Yayasan Al -Bukhary di Kuala Lumpur.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: