"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru Wanita Lakukan Seks Dengan Pelajar Beri Alasan Tingkatkan Prestasi

SALT LAKE CITY: Seorang guru sekolah menengah di sini, dipenjara selepas bersalah mengadakan hubungan seks dengan tiga pelajar bawah umur, mempertahankan tindakannya ketika menjawab saman seorang pelajar itu.

Brianne Altice, 36, dikenakan hukuman antara dua hingga 30 tahun dalam kes di Utah, Amerika Syarikat tahun lalu, mengaku bersalah menjalin hubungan seks dengan tiga remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun.

Saman sivil itu yang difailkan oleh ibu bapa pelajar ditujukan kepada guru itu dan bekas majikannya Davis High School, lapor portal The Independent yang memetik sumber akhbar Salt Lake Tribune.

Selain menyalahkan ibu bapa pelajar, Altice juga menjelaskan bimbingannya pada pelajar menyebabkan remaja itu, yang sering merungut hubungan tegang dalam keluarga, meningkat prestasi akademiknya.

Dalam suratnya yang bertulisan tangan, seperti diperolehi akhbar itu, wanita tersebut berkata beliau tidak mempunyai “niat jahat” ketika menjalin hubungan dengan remaja lelaki itu.

Altice, yang tidak mampu melantik peguam, juga berkata pihak sekolah tidak pernah mengenakan hukuman padanya ketika berkhidmat walau ada dakwaan beliau sering berpakaian mencolok mata di kelas.

Beliau malah menyalahkan ibu bapa tersebut kerana gagal menjalin hubungan baik dengan anak mereka yang berusia 16 tahun.

Pelajarnya itu sering mengadu hubungan keluarga yang tidak baik kepadanya, tambah wanita itu lagi, dan remaja itu sering pula membelanya daripada umpatan liar terhadapnya.

Altice hanya mengaku menyentuh kemaluan pelajarnya dalam beberapa pertemuan termasuk di rumah, ketika suaminya keluar, tetapi pelajar-pelajar pula mendakwa mereka mengadakan hubungan seks.

Wanita itu, kini sudah bercerai, menjalin hubungan dengan murid-muridnya selama beberapa bulan, termasuk keluar berkelah dan temu janji.

Pendakwa Davis County juga menggugurkan pertuduhan merogol terhadapnya. Permohonan parol akan didengar Januari 2017, lapor Daily Mirror lagi.
-malaysianreview-

Tiada ulasan: