"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buaya tembaga muncul di Sungai Klang Gambar)

Buaya tembaga muncul di Sungai Klang Kelibat buaya tembaga yang sempat dirakamkan.
PUCHONG - Kampung Seri Aman di sini menjadi tumpuan seketika petang tadi apabila muncul kelibat seekor buaya tembaga di permukaan Sungai Klang berhampiran landasan transit aliran ringan (LRT) di Jalan Jurutera.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, reptilia tersebut dikatakan timbul di celah batu di bawah landasan LRT.

Penduduk,Kamsani Kamarudin,35, berkata, dia menyedari kehadiran buaya itu ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Seri Aman Hilir menuju ke sebuah kompleks beli- belah.

Katanya, dia berhenti di tepi jalan apabila melihat kenderaan penuh di tebing sungai.

Dia terkejut melihat seekor buaya sedang elok bersantai dan mendapati haiwan tersebut berada di celah permukaan batu berdekatan tapak binaan landasan.

"Memang ada buaya di kawasan sekitar situ namun ia jarang muncul dan kali terakhir dilihat berhampiran Kampung Tengah baru-baru ini.

"Saiz haiwan itu nampak lebih besar lebih kurang tiga meter panjang berbanding yang pernah diviral dan dilihat kampung berhampiran sebelum ini.

"Haiwan itu tidak membahayakan penduduk ramai yang pernah terserempak dengannya di sungai itu," katanya.

Tiada ulasan: