"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tip elak bil telefon bimbit tinggi ketika tunaikan haji

Warga Malaysia yang menunaikan haji dinasihatkan supaya tahu mengenai perkhidmatan perayauan antarabangsa dengan telefon mudah alih bagi mengelak menerima bil telefon yang tinggi bila pulang ke tanah air

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) berkata mereka perlu memahami bagaimana panggilan suara dan data perayauan antarabangsa berfungsi serta tahu caj bagi perkhidmatan berkenaan menggunakan pelan mudah alih mereka.

"Ini penting oleh kerana pengguna bertanggungjawab atas semua caj dikenakan semasa di luar negara oleh kerana perkhidmatan ini tidak saja melibatkan pembekal perkhidmatan di Malaysia tetapi juga rakan perayauan di negara yang mereka lawati," kata CFM dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai tip berhubung perayauan antarabangsa, CFM berkata jika pengguna hanya mahu menerima panggilan dan SMS semasa di luar negara, mereka boleh menutup terus data perayauan antarabangsa.

Pengguna hendaklah juga menyahaktif 'Sambungan automatik ke rangkaian' dan pastikan mereka sentiasa dihubungkan ke rakan perayauan pembekal perkhidmatan bagi menikmati kadar utama ini.

"Jika anda ingin terus berhubung hanya menggunakan Wifi, anda boleh memilih menukar mod telefon pintar ke mod 'Airplane' atau 'Flight', dan gunakan sepenuhnya WiFi awam yang boleh didapati," kata CFM.

Ia berkata pilihan lebih murah ialah mendapatkan kad SIM Saudi dan memilih pakej terbaik yang menepati kegunaan yang dirancang semasa di luar negara.
Ia juga menasihatkan pengguna membuat salinan semua maklumat kenalan dan data penting dalam telefon mereka, untuk kegunaan jika mereka kehilangan telefon pintar mereka.

"Ia turut menasihatkan pengguna sentiasa berbincang dengan pembekal perkhidmatan tempatan sebelum melawat ke luar negara agar mereka tahu dan faham sepenuhnya tentang semua caj yang dikenakan," ujar CFM.
-Bernama

Tiada ulasan: