"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bila merakam lebih penting daripada menyelamatkan


TINDAKAN seorang pengunjuang taman tema air yang merakam seorang kanak-kanak disyaki lemas dikecam orang ramai selepas rakamannya tular.

Menurut Malaysian Digest, dua video rakaman yang dimuat naik ke laman Facebook pada 6 Mei lalu tersebut telah ditonton lebih 1 juta kali.

Sebuah video menunjukkan mangsa, seorang kanak-kanak lelaki terapung di permukaan kolam taman tema berkenaan.

Beberapa pengunjung lain dilihat melepasi mangsa tetapi tidak mempedulikannya atau tidak menyedari keadaan mangsa.

Selepas hampir seminit, seorang wanita akhirnya berenang mendapatkan kanak-kanak tersebut dan mangsa dilihat jelas longlai dan tidak bermaya.

Video rakaman kedua menunjukkan dua orang lelaki memberikan bantuan kecemasan kepada kanak-kanak terbabit.

Rata-rata pelayar laman Facebook mengecam tindakan perakam yang disifatkan kejam.

"Merakam video adalah lebih penting daripada menyelamatkan kanak-kanak? Orang yang merakam video ini bodoh," kata seorang pelayar.

"Daripada merakam video ini, kenapa kamu tidak menolong kanak-kanak itu? Tiada keperimanusiaan langsung! Semoga Tuhan merahmati kanak-kanak malang ini," kata seorang lagi pelayar yang bengang.

Waktu dan lokasi kejadian gagal dipastikan.
-sinarharian

Tiada ulasan: