"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kepala putus terbelit kabel kren

George Town – Seorang lelaki warga asing putus kepala selepas dipercayai terbelit pada kabel kren ketika melakukan kerja pembinaan di loji kumbahan Indah Water di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, warga Myanmar berusia 26 tahun itu dipercayai melakukan kerja pemasangan kabel kren di tapak pembinaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A Anbalagan, berkata mangsa dikatakan membantu rakannya melakukan kerja memasang kabel kren.

“Mangsa cuba membantu operator kren memasang kabel kren sebelum lehernya terbelit pada kabel ketika jentera itu bergerak, menyebabkan mangsa tersepit.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dtemui. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau (HBP) untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa bekerja di tapak pembinaan itu sejak tiga bulan lalu. 
– BH Online

Tiada ulasan: