"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami isteri ditahan curi duit tabung masjid, wajarkah dia dipukul sampai mcm tu (Gambar)

Alor Gajah – Cubaan suami isteri mencuri duit tabung di Masjid Nurjannah Kariah Ayer Hitam Pantai, Masjid Tanah, di sini, gagal apabila kegiatan mereka disedari penduduk, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, lelaki yang berusia 27 tahun itu dikesan sedang mengalihkan kedudukan kamera litar tertutup (CCTV) sementara wanita dipercayai isterinya berusia 31 tahun berada di dalam masjid dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, berkata seorang pengadu, 49, memaklumkan dia menerima panggilan daripada penduduk kampung mengenai kejadian itu sebelum ke masjid berkenaan.

“Kedua-dua suspek cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pengadu di masjid. Suspek bertindak menolak pengadu dan melarikan diri namun gagal apabila merempuh pintu kaca masjid hingga pecah sebelum mereka ditahan penduduk,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, lelaki terbabit cedera di bahagian muka sebelah kanan dipercayai akibat rempuhan pada pintu kaca masjid berkenaan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangga pengunci pada tabung yang diletakkan di perkarangan masjid sudah dipotong menggunakan alat pemotong besi dan wang di dalam tabung berjumlah RM98 hilang.

“Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Masjid Tanah untuk direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam masjid,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima dua lagi laporan polis berhubung kejadian curi tabung masjid masing-masing di Alor Gajah dan Jasin. – BH Online

------------

FB Tok Usin Ceroii Original telah mengulas

Pasangan suami isteri (pakcik & makcik) dipukul kerana dituduh mencuri duit tabung masjid... Duit tabung masjid sepatutnya digunakan utk membantu org susah bkn sekadar digunakan utk bg SAMPOL pada ustaz2 sj...

Klau kat gereja siap ada lg tabung utk org ssh...

Moralnya x perlu pukul sampai mcm tu, mmg dlm kesempitan sgt tu, lain lah klau mat gian yg pi curi tu... Memburukkan imej islam saja pi pukul mcm tu...

Sepatutnya kita membantu bknnya menyusahkan lg,mungkin anak2 depa sedang kelaparan kat rumah, bagaimana perasaan anak2 yg sedang lapar tu bila tgk mak ayah depa diperlakukan sedemikian...Cuba kita pejamkan mata dan duduk sekejap ditempat anak2 depa... Apa kita rasa?

Tiada ulasan: