"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Salahuddin Ayub mahu saman Malaysia Today didakwa memfitnah

Tarik balik atau berdepan saman, kata Salahuddin kepada Malaysia Today
MALAYSIA DATELINE

Naib Presiden AMANAH Salahuddin Ayub memberi tempoh tiga hari kepada pengendali portal berita Malaysia Today membuat permohonan maaf dan menarik balik artikel berbaur fitnah yang disiarkannya.

Beliau merujuk kepada artikel bertajuk "Amanah Leader: Singapore Malays Better Than Malaysian Malays" yang memetik ucapan beliau ketika merasmikan Konvensyen Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN) pada 19 Ogos lalu.

Pautan: http://www.malaysia-today.net/amanah-leader-singapore-malays-better-than-malaysian-malays/

"Di bawah tajuk itu diletakkan satu lagi tajuk kecil "PAN wants Article 153 of the Constitution abolished and MARA closed down" yang langsung tiada kaitan dengan kandungan artikel berkenaan," kata Salahuddin dalam kenyataan hari ini.

Salahuddin berkata, tindakan Malaysia Today itu secara jelas berniat jahat terhadapnya sedangkan beliau tidak pernah langsung menyebutnya dalam ucapan.

"Ia juga menjejaskan reputasi saya dan memberi kesan salah faham besar kepada rakyat.

"Saya telah mengadakan perbincangan dengan pihak peguam dan menuntut pengendali Malaysia Today menarik balik artikel tersebut dan membuat permohonan maaf dalam tempoh tiga hari dari tarikh kenyataan ini atau bersedia untuk disaman," katanya.

Tiada ulasan: