"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANAS!! Ustaz Wa Ji, Pegawai penerangan pejabat Guan Eng ditangkap polis selepas sejurus selesai solat Jumaat

Polis menahan Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Wan Ji Wan Husin di di Masjid Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata ustaz muda itu ditangkap selepas sejurus selesai solat Jumaat.

Beliau yang juga ketua biro agama Pemuda PKR (AMK) sebelum itu menyampaikan khutbah Jumaat di masjid sama.

“Kini beliau dibawa ke IPD Seberang Perai Tengah. Belum lagi diketahui alasan penahanan beliau,” kata Saifuddin.

Tiada maklumat lanjut berkaitan sebab penangkapan itu setakat ini.

“Satu kenyataan akan dikeluarkan sejurus pihak peguam yang berada bersama beliau mendapat maklumat sahih, mengapa Ustaz Wan Ji ditahan,” katanya lagi.

Sementara itu, menurut Ketua Keselamatan AMK Pulau Pinang, Mohd Edy Jab, yang berada di lokasi kejadian memberitahu, Wan Ji ditahan di belakang masjid ketika penceramah itu hendak ke tempat makan selepas selesai solat Jumaat.

Katanya sebelum itu dia melihat keadaan yang mencurigakan apabila terdapat beberapa kelompok individu di bahagian tertentu kawasan berkenaan.

Selepas itu, katanya, Wan Ji didatangi kumpulan terbabit dan menahannya.

Kata Mohd Edy dia dimaklumkan Wan Ji ditahan mengikut Akta Hasutan tetapi setakat ini tidak dapat dipastikan apakah isu yang dikaitkan dengan pendakwah terbabit.

"Mereka (polis) tak beritahu apa-apa. Ada antara polis itu dari Kuala Lumpur dan saya juga difahamkan Ustaz Wan Ji selepas ini akan di bawa ke Bukit Aman," katanya kepada Malaysiakini.
-malaysiakini

Tiada ulasan: