"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akar umbi AMANAH perlu diperkukuhkan, kata Husam

MALAYSIA DATELINE
“Tak mungkin saya letak jawatan untuk lemahkan AMANAH,” demikian menurut bekas Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa melalui wawancara dengan Sinar Harian.

Husam berikrar akan memperkuatkan AMANAH khususnya di peringkat akar umbi yang dilihatnya lemah berbanding parti lain.

Katanya, AMANAH mempunyai hasrat yang jujur dalam agendanya tetapi mereka ditindas di peringkat kampung-kampung.

“AMANAH ada agenda perkasakan Melayu Islam tetapi Melayu AMANAH tidak masuk dalam agenda penyatuan Melayu Islam.

“Yang orang nampak agenda penyatuan ini ada pada Pas dan Umno. AMANAH tak macam di kategori Melayu ini,” katanya.

Menurut Husam, disebabkan perkara ini AMANAH perlu diperkukuhkan dalam masa yang sama partinya itu harus berdepan dengan isu agama untuk tujuan politik seperti RUU355.

Tambahnya, sebelum bersama Umno, Pas menganggap RUU355 sebagai nyawa kepada parti mereka tetapi hari ini agenda itu sudah berubah.

“RUU355 tidak berkumandang seolah-olah parti ‘dia’ mati. Hari ini parti yang sama jika ada persoal RUU355 orang itu bawa suara syaitan,” kata beliau.

Justeru itu, katanya, perkara seperti inilah yang perlu di hadapi oleh AMANAH iaitu parti berteraskan Islam dalam konteks persekitaran Malaysia yang berbilang kaum dan aplikasi yang moden dan terkini.

Tiada ulasan: