"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyiddin perangai buruk, jangan beri satu undi pun kepada Bersatu

MALAYASIA DATELINE
Umno menyifatkanPresiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berperangai buruk apabila mengumumkan Ketua Bersatu Sabah, Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri Sabah tanpa berbincang dengan rakan-rakannya.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga orang kanan Datuk Seri Najib Razak, Datuk Lokman Noor Adam berkata, kenapa Muhyiddin tidak membincangkan cadangan untuk melantik Hajiji sebagai Ketua Menteri ketika bertemu dengan pemimpin Umno sebelum ini.

“Masa malam sebelum hari penamaan calon PRN Sabah, takde pula Muhiyiddin bincang soal nak pilih Hajiji sebagai Ketua Menteri.

“Bila dah lepas penamaan calon, bila BN dah tak sempat nak letak calon di semua kerusi, baru dia buat pengumuman.

“Nampak tak betapa buruknya perangai Muhiyiddin ni,” kata Lokman melalui facebook beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau mengajak semua ahli dan penyokong Umno agar jangan memberikan walau satu undi pun kepada calon Bersatu di Sabah.

“Jom kita pastikan BN menang di kesemua 42 kerusi dan jangan bagi satu undipun kepada calon parti pengkhianat PPBM dan jangan bagi satu undipun pada calon Warisan dan PH.

“Kita ajar pengkhianat yang sentiasa tikam belakang kawan,” kata Lokman dalam tulisan itu.

Muhyiddin mengumumkan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah jika Perikatan Nasional (PN) pimpinan beliau menang dalam pilihan raya negeri Sabah sekarang.

Muhyiddin membuat cadangan itu jika Perikatan Nasional dan sekutunya yang kini digelar Gabungan Rakyat Sabah berjaya menawan negeri itu daripada parti Warisan atau gabungan Warisan Plus.

Walau bagaimanapun, kata perdana menteri, bahawa keputusan itu perlu dipersetujui daripada sekutu-sekutu Bersatu.

“Mana nak tahu, kalau rakan-rakan kita di PN, BN pun bersetuju, yang terbaik nak kita tawarkan sebagai calon untuk meminpin negeri Sabah, tidak lain tidak ialah Hajiji.

“Ini juga memerlukan persetujuan dari sekutu Bersatu,” katanya di pekarangan Ibu Pejabat Bersatu Tuaran sambil disambut sorakan dan tepukan daripada orang ramai.

Hajiji adalah Adun Umno yang menyertai Bersatu dan telah dilantik sebagai Ketua Majlis Pimpinan Bersatu Negeri Sabah.

Dalam pilihan raya ini, Hajiji bertanding di kerusi Sulaman di Sarawak yang juga dituntut oleh Umno Sabah khasnya Umno Tuaran pimpinan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Tiada ulasan: