"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ku Li gesa Menteri, timbalan menteri Umno tarik diri hari ini

ARIF ATAN

Ketika Umno muktamad memutuskan tiada kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Tengku Razaleigh Hamzah meminta semua ahli Umno yang memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) menarik diri mulai hari ini.

Gesaan Pengerusi Jemaah Penasihat parti itu juga termasuk ahli Umno yang diberikan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, tindakan tersebut susulan cadangan daripada bahagian-bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan.

 “Cadangan daripada bahagian yang telah mengadakan mesyuarat perwakilan menegaskan sekali lagi apa yang telah diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“MKT memutuskan bahawa kita akan putus kerjasama dengan Bersatu.

“Ia juga bererti semua ahli UMNO yang jadi menteri, timbalan menteri dan yang pegang jawatan dalam GLC mesti tarik diri mulai hari ini,” tegasnya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Ku Li berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pemberita selepas selesai perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Tiada ulasan: