"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno gantung keahlian Setiausaha Akhbar Annuar Musa

BORHAN AHMAD

Selepas sekian lama menjadi tukang kempen menyerang pimpinan partinya, Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz telah digantung keahlian Umno selama enam tahun.

Surat pemakluman keputusan oleh Setiausaha Agung Umno dibuat pada 27 Mac 2021, hari di mana Persidangan Agung Umno (PAU) 2021 sedang berlangsung.

Tun Faisal juga adalah Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang sentiasa membuat kenyataan agar Umno kekal bekerjasama dengan Bersatu dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tiada ulasan: