"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak ada bukti tapi Sanusi dakwa ada gerakan mahu singkir dirinya

SHAFIQAH MUKHSIN

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor dakwa ada usaha terancang menggantikannya dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Norizan Khazali.

Norizan dikatakan akan mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara menggantikan Sanusi.

Bagaimanapun, beliau mengakui tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan itu kerana gerakan berkenaan belum menjadi realiti.

“Saya bercakap sebelum benda ini berlaku dan saya tak boleh biarkan perkara seperti ini berlaku. Kalau orang minta bukti memanglah tiada sebab gerakan ini belum menjadi realiti,” katanya menurut Berita Harian.

Menurut Sanusi, tindakan itu bertentangan dengan konvensyen Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan perdana menteri diurus selia menteri kewangan dan dianggotai Jemaah Menteri serta wakil negeri iaitu dalam kalangan menteri besar atau ketua menteri.

Sanusi turut mendakwa gerakan itu dibuat kerana kelantangannya mengkritik kerajaan persekutuan dan wujud usaha melobi Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Badlishah bagi tujuan demikian.

Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Majlis Kewangan Negara perlu diketuai perdana menteri atau mana-mana menteri dilantik manakala setiap negeri diwakili individu diperkenan sultan atau Yang di-Pertua Negeri.

Antara peranan majlis itu adalah menasihati berhubung pengurusan kewangan kerajaan pusat dan negeri selain pembahagian hasil cukai serta royalti.

Tiada ulasan: