"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selamba makan aiskrim secara terbuka waktu puasa

KOSMO!

Tangkap layar video beberapa wanita sedang makan aiskrim dikatakan pada bulan puasa.
PETALING JAYA – Tindakan beberapa wanita bertudung yang sedang duduk di kaki lima sebuah premis serta dengan selamba makan aiskrim secara terbuka pada bulan puasa, dikecam orang ramai.

Perbuatan tersebut tular menerusi video dikongsikan seorang pengguna TikTok yang menyifatkan mereka tidak menghormati bulan Ramadan apabila tanpa segan silu makan secara terbuka.

Ada juga yang memaklumkan wanita tersebut bukan rakyat Malaysia berdasarkan rupa dan gaya pemakaian, manakala ada juga yang menasihatkan supaya mereka menghormati peraturan dan suasana berpuasa di Malaysia berbanding di negara mereka yang dikatakan boleh makan secara terang-terangan.

Menurut keterangan video yang dimuat naik, pengguna TikTok tersebut menyifatkan tindakan wanita itu seolah-olah tiada perasaan malu dan berani apabila secara terang-terangan makan di tempat terbuka.

“Bukan main ya makan depan orang ramai. Sangat berani, syabas. Memang tak ada rasa malu makan depan orang ramai yang berpuasa,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai golongan wanita berkongsi pengalaman makan secara tertutup di rumah sekiranya tidak boleh berpuasa disebabkan uzur syarie.

“Kita kalau tak boleh puasa walaupun dalam rumah seorang diri, mesti pastikan tingkap pintu tertutup. Malu kalau orang nampak,” kata ayujellyhouse.

“Nak makan depan laki pun aku suruh dia masuk bilik. Malu sebab aku nak makan luar tengok televisyen,” kata Aimeen87.

“Aku tak boleh puasa makan minum sorok-sorok dalam bilik. Walaupun adik-adik tak kisah, tapi adab kena ada,” komen rnfrbj. – KOSMO! ONLINE.

Tiada ulasan: