"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli Parlimen PAS dirakam keterangan berkait kenyataan perkauman

Bernama
BUKIT MERTAJAM: Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan memaklumkan beliau telah memberi keterangan kepada polis di IPD Timur Laut, berhubung kertas siasatan berunsur perkauman membabitkan dirinya.

Fawwaz berkata keterangan itu diberikan pada 3 petang, Jumaat lepas.

“Isu ini sedang dalam siasatan polis. Saya telah memberi keterangan berkaitan isu ini kepada pihak polis IPD Timur Laut, jadi biarlah siasatan dijalankan.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana dalam siasatan. Saya pun tidak ingat bila hantaran itu dibuat dan bila ia dipadam oleh pengendali Facebook saya. Isu ini tak ada apa-apa pun, sengaja dibangkitkan. Ia bukan isu baharu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar yang memetik Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail sebagai berkata polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan berunsur perkauman, membabitkan dua wakil rakyat daripada Perikatan Nasional (PN).

Kertas siasatan itu dibuka ke atas Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang Abdul Hadi Awang dan Fawwaz yang juga ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

Saifuddin dilaporkan berkata siasatan ke atas Hadi dan Fawwaz dibuat mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dengan Fawwaz didakwa membuat fitnah ke atas orang bukan Islam.

Tiada ulasan: