"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tunjuk Samseng, kan dah kena tangkap...

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my
TANGKAP layar kejadian pemandu kereta merosakkan nombor plat sebuah lori.  FOTO Tular
TANGKAP layar kejadian pemandu kereta merosakkan nombor plat sebuah lori. FOTO Tular
Bukit Mertajam: Seorang lelaki ditahan polis selepas tular rakaman video memaparkan perbuatannya merosakkan nombor plat sebuah lori menggunakan senjata dipercayai batang besi di Jalan Permatang Janggus, di sini, di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, penahanan lelaki berusia lewat 30-an itu dibuat selepas pihaknya mengesan video tular berdurasi dua minit 50 saat memaparkan pergaduhan menggunakan senjata dan merosakkan kenderaan di Jalan Permatang Janggus menghala Permatang Pauh pada tarikh dan masa yang tidak dapat dipastikan.

Katanya, berdasarkan paparan video tular itu, insiden berkenaan tercetus apabila sebuah kereta dan lori masing-masing 'berhimpit' di antara satu sama lain ketika melalui jalan berkenaan yang akhirnya menyebabkan kedua-dua pemandu berhenti lalu berlaku pergaduhan.

"Pemandu kereta dilihat mengeluarkan satu objek dari but dan menggunakannya untuk merosakkan nombor plat hadapan lori sehingga pecah sebelum beredar meninggalkan tempat kejadian.

"Berikutan kejadian itu, polis berjaya menjejaki pemandu kereta itu dan membuat tangkapan semalam untuk siasatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: