"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mak dan anak 'kaki temberang' ditahan polis

Kalbana Perimbanayagan
am@hmetro.com.my

Shah Alam: Polis menahan wanita dan anak lelakinya bagi membantu siasatan berhubung penipuan derma yang didalangi keluarga berkenaan.

Wanita berusia 60 tahun dan anak lelakinya berumur 28 tahun ditahan di Sungai Buloh semalam berikutan tujuh laporan polis dibuat terhadap mereka sejak 21 Mac lalu.

Ketika penahanan dilakukan, polis menemui wang tunai berjumlah RM110,011 daripada suspek yang sepatutnya dihantar ke India dan RM268,000 lagi dalam akaun bank wanita terbabit dipercayai daripada sumbangan orang ramai.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan suspek akan didakwa pada Isnin ini di Mahkamah Shah Alam.

"Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti pembabitan anak lelakinya dalam kes terbabit.

"Siasatan juga dijalankan bagi mengenalpasti sama ada suspek terbabit dengan penipuan lain atau tidak," katanya.

Tiada ulasan: