"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penguatkuasa kat Malaysia memang sangat mengecewakan 'HAMPEH'

Kecewa Jabatan Imigresen Selangor lambat jalan operasi

JABATAN Imigresen (JIM) perlu menyiasat dakwaan maklumat operasi telah dibocorkan oleh pegawainya. – GAMBAR HIASAN/AFIQ RAZALI

SAYA ialah bekas pengamal media arus perdana yang bergiat aktif sebagai aktivis masyarakat dalam memperjuangkan hak rakyat dengan menerima aduan melalui dua saluran komunikasi, iaitu e-mel dan media sosial.

Isu yang ingin dibangkitkan adalah mengenai e-mel pada 3 Julai lalu oleh pengadu bernama Patrick Joseph berkenaan satu lagi e-mel kepada ibu pejabat Jabatan Imigresen (JIM) ke aduanpati_hq@imi.gov.my bertarikh 15 Mei lalu.

Ia tentang aduan mengenai warga asing di Aman Dua Apartment, Blok 3, Desa Aman Puri, Jalan Aman, Kepong, Selangor yang masih tiada tindakan.

Menurutnya, pada 9 Jun lalu, dia dihubungi oleh pegawai JIM Selangor menyatakan yang kes itu telah dirujuk Bahagian Aduan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), JIM Putrajaya kepada pihak mereka untuk tindakan susulan.

Pegawai itu memaklumkan kepadanya nombor kes rujukan aduan adalah 501 dan JIM Selangor akan membuat risikan dahulu sebelum menjalankan operasi di premis terbabit dalam masa terdekat.

Sehingga ke hari ini, tidak ada sebarang operasi dijalankan. Bukan itu sahaja, pengadu mendakwa JIM Selangor dengan sengaja melengahkan masa.

Dia juga mengesyaki maklumat operasi dibocorkan oleh pegawai JIM bagi memberi ruang untuk pihak pengurusan pangsapuri terbabit mengatur langkah dan menyusun semula aktiviti menggajikan PATI oleh mereka.

Pengadu juga memaklumkan cuba menghubungi JIM Selangor melalui nombor telefon 03-56500079/92 tetapi gagal kerana panggilan tidak pernah dijawab.

Saya berharap JIM Selangor dapat mengambil tindakan selanjutnya. Kerjasama dan perhatian berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. – UTUSAN

MOHD. SHAHRIL ABD. RANI, Aktivis pejuang hak rakyat Malaysia

Tiada ulasan: