"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerajaan gagal kawal warga asing

Bakar mercun dari kereta, warga asing ditahan

FMT Reporters
Tangkap layar rakaman tular yang menunjukkan bunga api dibakar dari sebuah kereta yang sedang bergerak.
PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki membakar mercun dari kereta bergerak seperti yang dirakam dalam video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Tindakan itu dilihat dalam klip video berdurasi 14 saat terbabit, sekali gus dilihat mengundang bahaya kepada orang ramai.

Ketua Polis Sentul, Sukarno Mohd Zahari, berkata kira-kira 8.30 malam semalam, pihaknya mengesan sebaran klip video kejadian tersebut, yang dipercayai berlaku di pusat bandar Kuala Lumpur.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 31 tahun, serta merampas sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek yang didapati tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau akan direman di IPD Sentul bagi membantu siasatan.

Kes disiasat bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957, yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000, atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul menerusi talian 03-40482206.

Tiada ulasan: