"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KJ: Kerajaan langgar konvensyen WHO berkait kawalan tembakau

Shahrul Shahabudin dan Amirul Aiman

PETALING JAYA: Kenyataan timbalan menteri kesihatan tentang pengaruh industri tembakau berkait peruntukan generasi penamat rokok (GEG) membuktikan Malaysia melanggar Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau yang Malaysia meterai, kata Khairy Jamaluddin.

Bekas menteri kesihatan itu berkata Perkara 5.3 konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu berkata negara pemeterai harus melindungi dasar kesihatan awam kebangsaan daripada sebarang tekanan daripada industri atau kepentingan komersial.

Katanya, kenyataan oleh Lukanisman Awang Sauni itu suatu “pengakuan bahawa kerajaan telah tunduk kepada lobi ‘Big Tobacco’ ataupun kepentingan syarikat-syarikat tembakau besar dan juga kepada syarikat-syarikat vape,” katanya dalam siaran Keluar Sekejap.

Beliau berkata kenyataan Lukanisman itu juga menunjukkan keputusan kerajaan itu “bukan sangat” soal hujah yang diberikan Peguam Negara Ahmad Terrirudin Salleh.

Peguam negara dilapor berkata peruntukan GEG itu bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan kerana mewujudkan layanan undang-undang yang tidak sama rata.

Malaysia menjadi ahli kepada konvensyen WHO itu sejak 15 Dis 2005.

Pada Khamis lepas, Lukanisman dipetik sebagai berkata semasa membentangkan GEG, konflik pandangan timbul disebabkan tekanan industri dan mereka bertemu Ahli Parlimen yang mempengaruhi keputusan itu.

Cadangan asal kerajaan untuk melarang mereka yang lahir selepas 2007 daripada membeli produk merokok dibatalkan daripada Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Untuk Kesihatan Awam yang diluluskan baru-baru ini.

RUU itu pertama kali dibentangkan oleh Khairy pada Julai 2022 semasa beliau menjadi menteri kesihatan.

Tiada ulasan: