"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua pelajar diserang dengan batang besi, 4 diberkas

FMT Reporters
Tangkap layar video tular menunjukkan sekumpulan lelaki memukul pelajar di depan sebuah sekolah.
PETALING JAYA: Empat lelaki ditahan polis semalam selepas dipercayai menyerang dua pelajar di depan sebuah sekolah di Kajang, seperti yang tular di media sosial.

Suspek berusia 18 hingga 21 tahun ditahan di sekitar Ampang dan direman hingga 22 Mac untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Kajang, Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima laporan pada Khamis lalu mengenai dua lelaki pelajar berusia 16 dan 17 tahun cedera diserang sekumpulan lelaki ketika tamat sesi persekolahan pagi.

“Seramai lebih kurang 10 orang menggunakan senjata paip pvc dan batang besi bagi mencederakan mangsa sebelum semua suspek melarikan diri menaiki dua kenderaan berbeza.

“Kedua-dua mangsa menerima rawatan di Hospital Kajang dan disahkan mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat dipukul suspek,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, baki suspek yang terlibat giat dikesan dan punca kejadian masih tidak dapat dipastikan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan balai berdekatan atau Pegawai Penyiasat Mu’az Mazlan di talian 017 9788804 bagi membantu siasatan,” katanya.

Tiada ulasan: